Al-Baghdadi Playtime Centre: Pra-Sekolah Berasaskan Al-Quran Pertama Di Malaysia

"TAHUKAH ANDA BILA ANAK-ANAK BERSEDIA MEMBACA AL-QURAN, APAKAH PERSIAPAN ANDA?"
"TERFIKIRKAH ANDA! ANAK HAFAL AL-QURAN ADALAH TIKET ANDA KE SYURGA?"
Al-Baghdadi Playtime Centre menggunakan Kurikulum yang Komprehensif dan Holistik. Dengan memberi keutamaan di dalam pembelajaran al-Quran tanpa mengetepikan pembelajaran-pembelajaran asas lain seperti pembelajaran bahasa, sains, seni dan fardhu ain. APC ialah sebuah Program Pendidikan Al-Quran Untuk Kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun. Ia dijalankan berkonsepkan belajar sambil bermain menggunakan BBM Al Baghdadi Playtime. Selain pembelajaran asas al-Quran menggunakan teknik Al Baghdadi, subjek-subjek lain juga ditawarkan di APC seperti pembelajaran Bahasa, Seni, Fardhu Ain dan Sains Teknologi. Program ini dijalankan berkonsepkan Pusat Perkembangan Kanak-kanak
Sejarah Islam telah membuktikan bahawa ulama-ulama serta pemikir Islam seperti Imam Shafie r.a telah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia 7 tahun, menghafal kitab al-Muwatta' ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun.
"APC MEMBANTU ANAK ANDA GENIUS AL-QURAN SEAWAL USIA 4-6 TAHUN"
  
    
Pendidikan di prasekolah adalah lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telah pun disemai oleh ibu bapa di rumah. Justeru dengan perkembangan Teknik Al Baghdadi yang semakin diterima di dalam sistem pendidikan al-Quran di peringkat asas, penubuhan Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan kesinambungan sistem pendidikan yang memberi penumpuan kepada pendidikan al-Quran kepada generasi baru di peringkat prasekolah di Malaysia. Selain itu, APC ini juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan